NADI X ENTERPRENEUR Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Asas Komunikasi Visual (Modul 2)
13 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 June 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Asas Komunikasi Visual (Modul 2). Webinar ini berlangsung secara atas talian (Zoom) di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:00 petang. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai apa itu media digital. Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai contoh-contoh media digital seperti audio, video dan imej. Selain itu, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai evolusi media dalam pemasaran seperti masa awal pemasaran, revolusi digital, zaman medai peranti mudah, hala tuju masa depan dan aliran semasa. Antara lain, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai proses pemasaran digital seperti membina strategi dan pelan, mereka kandungan, implimentasi dan pemantauan dan penilaian. Seterusnya, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai asas fotografi digital seperti memahami peralatan, teknik pencahayaan, teknik komposisi, warna dan kontras. Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai asas penciptaan video seperti perancangan pra pencipataan dan teknik merakam video. Akhir sekali, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai merakam audio berkualiti dan pasca produksi.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Asas Komunikasi Visual. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: